Berita Berita
Anwar ucap Selamat Hari Guru bersama Ejen Ali, sanjung jasa warga pendidik

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan penghargaan sempena Hari Guru menerusi satu siaran kreatif bersama watak animasi popular, Ejen Ali, sebagai simbolik penghormatan kepada peranan guru membina masa depan negara.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, Anwar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang beliau sifatkan sebagai pejuang di medan ilmu demi memastikan misi pendidikan negara berjaya.
“Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya, ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita.
Teruskanlah, misi menyemai ilmu dengan tulus dan tekad, kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru,” katanya.
Anwar turut mengangkat semangat dan kesabaran guru dalam membentuk insan dan membina masyarakat sebagai satu amanah berterusan yang tidak berakhir dengan tamatnya waktu persekolahan.
“Satria yang sabar membentuk akhlak. Satria yang teguh mempertahankan nilai. Tugas kita belum selesai, kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan,” ujarnya.
Menurut beliau, sama ada seseorang menjadi pemimpin, doktor, jurutera, petani atau Perdana Menteri sekalipun, semuanya bermula daripada proses asas pembelajaran oleh guru-guru yang ikhlas mendidik.
“Segalanya bermula dalam bilik darjah. Guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang,” katanya lagi.
Ucapan Hari Guru Perdana Menteri kali ini mendapat perhatian ramai apabila dimuat naik dalam bentuk video animasi bersama watak utama siri Ejen Ali – satu pendekatan mesra generasi muda yang turut menarik perhatian warga maya.
Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi pewaris negara.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 11:25 am
Jaga-jaga, JPJ tarik balik lesen peserta MyLesen B2 jika merempit
July 7, 2025, 11:17 am
Pemandu SUV rempuh restoran kerana tertekan pedal minyak
July 7, 2025, 10:58 am
Enam beranak hilang ditemui maut dalam kereta tenggelam di Sungai Korok
July 7, 2025, 7:50 am
Suami, isteri bersama 4 anak gagal dikesan selepas bermalam di rumah saudara di Jitra
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:06 pm
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, dakwa Tun Faisal
July 6, 2025, 4:02 pm
Dua nyaris maut motosikal terbabas ke dalam gaung di Bukit Fraser
July 6, 2025, 10:50 am