Berita Berita
Ejen pelaburan didakwa sebar, ugut, simpan gambar lucah madu

MELAKA 2 Julai – Seorang ejen pelaburan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan penyebaran, ugutan dan pemilikan gambar lucah terhadap madunya yang juga seorang guru.
Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Herni didakwa mengaibkan kehormatan wanita berusia 45 tahun itu dengan menyebarkan gambar lucah mangsa melalui kiriman surat pada 27 Mac 2025 di sebuah rumah di Taman Sayang Selasih, Melaka Tengah.
Bagi pertuduhan kedua, dia turut didakwa menghantar surat berunsur ugutan jenayah terhadap mangsa, sambil menyembunyikan identitinya.
Pertuduhan ketiga pula melibatkan pemilikan gambar lucah dalam telefon bimbit, yang ditemui pada 2 Jun 2025 kira-kira jam 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509, Seksyen 507, dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Peguam Baharudin Baharim yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap, baru menjalani pembedahan kanser, dan kini ditinggalkan suami susulan kes ini.
Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 6 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes. — Media Telus
Berita berkaitan
August 17, 2025, 2:45 pm
Rakyat tidak perlu takut kibarkan Jalur Gemilang – Fahmi
August 17, 2025, 1:39 pm
Wanita parah dirempuh pemandu mabuk meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
August 17, 2025, 1:29 pm
'Yang sudah tu sudahlah' – Zahid nasihat Tajuddin dan Azwan Bro henti sengketa demi PRU
August 17, 2025, 12:27 pm
Wanita china cederakan pegawai imigresen di KLIA dituduh esok
August 17, 2025, 11:34 am
Tiga rakan Sophia Albarkbah akan dipanggil polis, bantu siasatan kes buli siber dan gangguan seksual
August 17, 2025, 11:28 am
Siasatan kes serangan anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman
August 17, 2025, 10:30 am
CCTV kes serangan anak Rafizi temukan petunjuk positif, polis siasat mesej ugutan
August 17, 2025, 10:22 am
Wan Rosdy gesa pelaksanaan Titah Adendum Najib disegerakan tanpa perbicaraan
August 17, 2025, 10:15 am
PSP serbu dua premis jual vape haram di Kangar, rampasan RM315,900
August 17, 2025, 10:09 am