Berita Berita
Kerajaan tidak akan beri muka agensi umrah tipu jemaah - Menteri Agama

PUTRAJAYA, 28 Julai – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya atau menipu jemaah umrah, terutama melibatkan warga emas dan penjawat awam, susulan insiden 42 rakyat Malaysia terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk melalui saluran undang-undang terhadap pihak yang terbabit atau bersekongkol dalam kejadian itu.
“Saya amat prihatin dan bersimpati dengan nasib 42 jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu akibat isu ketiadaan tiket penerbangan pulang.
“Kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi sedang memberikan perhatian penuh dan mengatur langkah segera bagi memastikan kebajikan serta keselamatan semua jemaah terjamin. Ia termasuk usaha membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Na’im turut mengingatkan umat Islam di negara ini agar sentiasa berhati-hati dalam memilih pakej umrah dan hanya berurusan dengan syarikat pengendali yang berdaftar dan berlesen.
“Sejak awal tahun ini, kita telah berkali-kali mengingatkan orang ramai agar membuat semakan status syarikat dan pakej umrah melalui saluran rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), termasuk portal dan aplikasi semakan ejen pelancongan berlesen.
“Saya menyeru umat Islam di negara ini agar sentiasa berwaspada dan hanya memilih pengendali umrah yang sah dan berdaftar dengan pihak berkuasa. Saya berharap agar kejadian sebegini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 43 jemaah Malaysia terkandas di Jeddah apabila agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka didakwa gagal menyediakan tiket penerbangan pulang, menyebabkan mereka terperangkap di Arab Saudi.
Situasi menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat jemaah terdiri daripada warga emas dalam kumpulan berkenaan, namun agensi terbabit didakwa bersikap lepas tangan.
Berita berkaitan
September 24, 2025, 11:12 pm
Mudahkan warga Indonesia masuk, 12 termasuk 7 pegawai penguat kuasa direman terbabit ‘counter setting’ di Johor
September 24, 2025, 11:06 pm
Itali turunkan kapal tempur tentera bantu Flotila Global Sumud selepas diserang dron
September 24, 2025, 10:48 pm
Rakyat Malaysia, K Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura esok
September 24, 2025, 10:41 pm
Zahid akan hubungi 34 rakyat Malaysia sertai misi flotilla ke Gaza esok
September 24, 2025, 7:00 pm
Papagomo diperintah bela diri kes hasutan babit Agong
September 24, 2025, 5:05 pm
Hati-hati, MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri malam ini
September 24, 2025, 3:00 pm
Rakyat Malaysia di Hong Kong, Macao diingatkan berjaga-jaga susulan Taufan Super Ragasa
September 24, 2025, 2:55 pm
SPRM cadang rehatkan TPR AGC ditahan kes dadah
September 24, 2025, 2:54 pm
Tukang paip didakwa tumbuk isteri gara-gara enggan tolong angkut barang ketika kereta rosak tepi jalan
September 24, 2025, 2:52 pm