Berita Berita
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa

JOHOR BAHRU 1 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, kepada pihak berkuasa.
Dalam kenyataan pada Isnin, UTM memaklumkan pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dijalankan.
“UTM merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Syamsul Haris yang disahkan meninggal dunia pada 28 Julai di Hospital Kota Tinggi selepas menjalani latihan di kawasan Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tentera Darat, Ulu Tiram,” kata kenyataan itu.
UTM turut menjelaskan bahawa pihak universiti telah menghubungi waris Allahyarham dan bersedia menyalurkan segala bentuk bantuan serta sokongan yang diperlukan.
“UTM komited memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan,” katanya lagi.
Sebelum ini, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya yang didakwa mengalami kecederaan fizikal yang tidak sejajar dengan dakwaan awal bahawa kematian berpunca daripada serangan sawan.
Beliau mendakwa terdapat pendarahan yang ketara pada bahagian mata dan hidung, selain lebam dan luka pada leher, bahu serta beberapa bahagian tubuh anaknya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:18 pm