Berita Berita
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api

HULU SELANGOR 1 Ogos – Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan kaki serta tangan terikat berhampiran landasan kereta api di Kampung Sungai Serian, Kalumpang, Khamis lalu, dipercayai maut akibat dijerut menggunakan tali.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat mendapati punca kematian adalah akibat jerutan tali atau ligature strangulation.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan disyaki menggunakan tali (seperti rantai) yang turut dipakai pada lehernya,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan mayat lelaki tanpa identiti itu ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 10.30 pagi berhampiran landasan kereta api di Kampung Sungai Serian.
Hasil siasatan polis mendapati mangsa dipercayai telah dicampak dari atas jambatan berdekatan yang berketinggian 11.15 meter sebelum ditemukan di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan pihak forensik mendapati kaki dan tangan mangsa telah diikat, manakala kepala dibalut dengan kain dan dilekatkan pita pelekat berwarna hitam dan putih,” ujar Ibrahim.
Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada tubuh mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti serta motif pembunuhan. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm