TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ada bukti gambar dan video' - Tiga lelaki di Melaka dicekup disyaki terlibat seks sejenis dan berkumpulan

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 1 Ogos – Perbuatan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam hubungan sejenis dan seks berkumpulan terbongkar apabila mereka ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam satu serbuan pada Khamis lalu.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 21, 24 dan 26 tahun, ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas pihak JAIM menerima aduan awam disertakan dengan bukti bergambar dan rakaman video berhubung perlakuan mereka.

“Kesemua telefon bimbit milik suspek telah disita bagi membantu siasatan dan dijadikan barang kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rahmad menyifatkan perbuatan itu sebagai jelas bertentangan dengan hukum syarak dan merupakan satu bentuk gaya hidup songsang yang semakin menular akibat pengaruh budaya luar.

“Budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah memberi kesan terhadap kesihatan awam.

Data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menunjukkan peningkatan kes penyakit bawaan hubungan seksual (STD) seperti HIV, AIDS, Chancroid, Gonorrhea dan Sifilis,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki itu kini disiasat di bawah beberapa seksyen Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, iaitu:

  • Seksyen 56 – Kesalahan liwat

  • Seksyen 57 – Percubaan liwat

  • Seksyen 58 – Hubungan jenis luar tabii

Kes diserahkan kepada JAIM selepas salah seorang daripada mereka dipercayai membuat laporan polis ekoran pertelingkahan sesama mereka, yang membawa kepada penahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

JAIM turut mengingatkan masyarakat Islam di negeri ini agar menjauhi amalan gaya hidup LGBT yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan norma sosial masyarakat Malaysia.

“Kami menyeru umat Islam agar berpegang teguh kepada ajaran agama dan tidak terjerumus dalam perlakuan songsang yang boleh merosakkan akhlak serta masa depan mereka,” ujar Rahmad.

 

+ - reset