Berita Berita
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Polis mengesahkan tiada ahli keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah atau anak mana-mana VIP terlibat dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, hasil siasatan tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan yang tular baru-baru ini.
“Kami menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamaruddin turut memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara teliti, telus dan adil.
Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, ditemui kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekolahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari, keesokan harinya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm