Berita Berita
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1

KUANTAN 2 Ogos – Tiga lelaki warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dekat Gambang, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas kira-kira jam 7.30 malam itu dipercayai berlaku apabila MPV berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri lebuh raya.
Menurutnya, semua mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.
"Akibat nahas itu, tiga mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua lagi cedera.
"Siasatan mendapati pemandu MPV tidak memiliki lesen memandu, manakala cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh sejak Mei 2025," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai pemandu, Md Sabber Hasan, 30; penumpang Md Jahid Hasan, 21; dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Abdullah, 24.
Dua mangsa cedera ialah Md Habib Bissas, 45, dan Maniram Chandra Bas, 40, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Tiga mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat.
Mohd Adli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi dan mengesan majikan kesemua mangsa warga Bangladesh itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm