Berita Berita
MCPF desak kerajaan haramkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan Persekutuan mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara.
MCPF berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajar mencontohi langkah enam kerajaan negeri – Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang – yang telah menguatkuasakan larangan penjualan vape serta tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualannya.
“Jika perkara ini dibiarkan, ia dibimbangi akan melarat seperti isu penagihan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara sejak 1980-an,” menurut kenyataan MCPF.
Yayasan itu menyokong penuh hasrat KKM untuk melaksanakan pengharaman sepenuhnya vape sebagai langkah melindungi kesihatan awam, khususnya golongan belia dan orang belum dewasa (OBD) yang semakin terdedah kepada risiko penggunaan produk tersebut.
Menurut MCPF, kajian The Lancet Public Health 2024 menunjukkan lebih sejuta individu di England kini menggunakan vape walaupun tidak pernah merokok sebelum ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan pakar kesihatan antarabangsa.
Penggunaan berterusan rokok elektronik, jelas MCPF, boleh menyebabkan penyakit kronik seperti batuk berpanjangan, kahak berlebihan, sesak nafas, keradangan paru-paru dan ‘E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (EVALI) yang boleh membawa maut.
MCPF turut mencadangkan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) secara ketat, serta menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemantauan bersepadu bagi membanteras penjualan rokok seludup dan vape haram, termasuk di platform dalam talian.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan bahawa kementerian sedang meneliti langkah pengharaman total vape dengan mempertimbangkan implikasi terhadap undang-undang, penguatkuasaan dan kesihatan awam. – Media Telus
Berita berkaitan
August 4, 2025, 7:56 pm
Pekerja OKU di SJKC yang pasang Jalur Gemilang terbalik, sekolah mohon maaf
August 4, 2025, 6:49 pm
Rafizi cadang tamat sekolah umur 16 tahun, fokus kepada pendidikan awal dalam RMK13
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 4:00 pm
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 3:10 pm