Berita Berita
26 pegawai Imigresen dipecat angkara rasuah, jumlah tertinggi direkodkan tahun lalu - Saifuddin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Seramai 26 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipecat daripada perkhidmatan pada tahun lalu selepas didapati terlibat dalam salah laku rasuah, termasuk di pintu masuk utama negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya lapan pegawai yang dikenakan tindakan serupa pada tahun 2023 di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau turut mendedahkan, seramai 50 pegawai JIM sedang disiasat berhubung penglibatan dalam sindiket ‘phantom travel’, yang sebelum ini mendapat liputan meluas media.
“Kesemua kes ini ditangani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dua daripadanya telah didakwa di mahkamah, manakala selebihnya masih dalam proses siasatan dalaman serta tatakelola,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.
Saifuddin menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang terlibat dalam perbuatan “jijik” seperti rasuah, tanpa kompromi.
“Yang penting adalah kita bertindak tanpa pilih kasih. Jika ada bukti kukuh (prima facie), tindakan tatatertib termasuk pemecatan akan dikenakan,” jelas beliau.
Menurutnya, langkah-langkah yang diambil termasuk merujuk kes kepada SPRM atau polis sekiranya terdapat elemen jenayah, dan memindahkan pegawai ke unit berisiko rendah sementara menunggu siasatan selesai.
Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan ganjaran kepada pegawai JIM yang tampil menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan rasuah dalam kalangan rakan sekerja.
Saranan itu mendapat perhatian Dewan dan dilihat sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan keterbukaan dan ketelusan dalam perkhidmatan awam, khususnya agensi penguatkuasaan seperti JIM.
Berita berkaitan
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 4:00 pm
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 3:10 pm
Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di SJKC Port Dickson
August 4, 2025, 12:55 pm
Hanya sijil halal AS diiktiraf JAKIM dibenar untuk import – Tengku Zafrul
August 4, 2025, 12:26 pm
MoT kekal larangan keluaran nombor pendaftaran khas untuk NGO, syarikat
August 4, 2025, 12:25 pm