TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Asyraf Wajdi: Tegas pada peminjam culas demi bantu lebih ramai Melayu

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 4 Ogos – Tindakan tegas terhadap peminjam yang culas membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah demi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada lebih ramai individu memerlukan, kata Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau menjelaskan, ketegasan itu bukan bermaksud menekan, sebaliknya bertujuan menjaga kesinambungan dana untuk membantu anak bangsa lain.

“Ada yang menghantar mesej mempersoalkan kenapa saya terlalu keras kepada penghutang MARA, tiga bulan tak bayar sudah dapat notis, katanya nak tolong Melayu.

Maaf ya! Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar. Ramai lagi anak bangsa yang perlu dibantu,” katanya dalam hantaran di Facebook, Isnin.

Sebelum ini, Asyraf menyarankan peminjam supaya tidak melepaskan peluang menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran, yang telah diluluskan oleh Majlis MARA sebagai sebahagian dasar baharu. – Media Telus

+ - reset