Berita Berita
Wanita berstatus isteri ditahan bersama duda dalam serbuan JAINJ di Kluang

KLUANG 4 Ogos – Tindakan seorang wanita membawa masuk lelaki ke rumah ketika suaminya tiada, mengundang padah apabila diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Taman Sri Impian, malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berstatus duda berusia 40-an cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal selepas pihak penguat kuasa sudah bersedia menahannya.
Menurut kenyataan JAINJ, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan seorang wanita berusia 40 tahun yang masih bersuami dan seorang kanak-kanak sedang tidur di bilik.
“Cubaan lelaki itu memberikan alasan sekadar menghantar makanan gagal memperdaya anggota kerana semakan mendapati dia bukan penghantar makanan. Malah, motosikalnya diletakkan jauh dari rumah bagi mengelakkan perhatian jiran,” kata kenyataan itu.
Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka berkenalan sejak setahun lalu selepas bertemu ketika beriadah di tasik berhampiran sebelum menjalin hubungan melalui aplikasi WhatsApp tanpa pengetahuan suami wanita terbabit yang sering bertugas di luar daerah.
“Lelaki berkenaan yang tinggal di taman sama datang ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada,” tambah kenyataan JAINJ. – Media Telus
Berita berkaitan
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 4:00 pm
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 3:10 pm
Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di SJKC Port Dickson
August 4, 2025, 12:55 pm
Hanya sijil halal AS diiktiraf JAKIM dibenar untuk import – Tengku Zafrul
August 4, 2025, 12:26 pm
MoT kekal larangan keluaran nombor pendaftaran khas untuk NGO, syarikat
August 4, 2025, 12:25 pm