TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPDN Johor siasat kenderaan Singapura isi RON95 di Iskandar Puteri

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 4 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat penularan gambar sebuah kenderaan mewah bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung gambar yang tular di media sosial sejak semalam dan sedang mengenal pasti lokasi sebenar kejadian.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengenal pasti stesen minyak terbabit serta sama ada berlaku pelanggaran peraturan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, gambar menunjukkan pemilik kenderaan berkenaan mengisi petrol RON95 ke dalam kenderaannya sebelum mengisi ke dalam botol plastik besar turut tular di media sosial.

Menurut Lilis Saslinda, larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing masih berkuat kuasa dan pelanggaran boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, termasuk terhadap pengusaha stesen minyak jika cuai atau bersubahat.

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha stesen minyak mematuhi garis panduan kerajaan serta mengalu-alukan maklumat orang awam berhubung pelanggaran penjualan petrol bersubsidi itu. – Media Telus

+ - reset