Berita Berita
Hati-hati, MCMC beri amaran tegas pihak sebar maklumat tidak sahih kes Zara Qairina, boleh dihukum penjara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan pendirian tegasnya terhadap penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, selaras dengan gesaan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara yang sebelum ini meminta agar orang ramai menghentikan perbuatan berkenaan.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC menyifatkan penyebaran gambar, video atau apa jua maklumat yang belum disahkan sebagai perbuatan yang bukan sahaja tidak beretika, malah boleh mencederakan perasaan ahli keluarga mangsa yang sedang berduka.
Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab itu berpotensi melanggar undang-undang negara, dan mengingatkan bahawa ia boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
MCMC turut mengulangi peringatan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang sebelum ini menyeru semua pihak agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa, dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Justeru, MCMC menyeru masyarakat supaya lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat, khususnya di media sosial, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan tanpa gangguan persepsi atau manipulasi fakta. - Media Telus
Berita berkaitan
August 8, 2025, 4:51 pm
Dua bulan lagi, Belanjawan 2026 bakal dibentang 10 Oktober depan
August 8, 2025, 4:40 pm
UiTM kekal fokus bantu bumiputera, henti terus kemasukan pelajar antarabangsa
August 8, 2025, 2:22 pm
Tetak polis dengan parang, pemotong rumput dipenjara lapan bulan
August 8, 2025, 1:48 pm
Polis minta anak Sosilawati tampil bantu siasatan kes terima bungkusan ganja dari Thailand
August 8, 2025, 1:05 pm