Berita Berita
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal

SHAH ALAM 13 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Rabu membuktikan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak benar-benar wujud dan bukan sekadar khabar angin.
Menurutnya, perkembangan itu menamatkan spekulasi yang selama ini mendakwa titah tersebut hanya sekadar ‘hearsay’ atau cerita yang tidak dapat disahkan.
“Alhamdulillah, daripada dikatakan dulu hanyalah ‘hearsay’, hari ini dibuktikan benar wujud Titah Adendum tersebut. Moga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan Datuk Seri Najib Razak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, Peguam Negara gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk mengetepikan keputusan membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
Dengan keputusan itu, prosiding semakan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengikut tarikh yang ditetapkan.
Keputusan sebulat suara tersebut dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah. - Media Telus
Berita berkaitan
August 13, 2025, 6:24 pm
Polis siasat kes Zara Qairina melalui inkues dan perbuatan buli sebelum kematian serentak
August 13, 2025, 5:22 pm
Polis buru penunggang aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Utara-Selatan
August 13, 2025, 5:17 pm
Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ
August 13, 2025, 5:15 pm
Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm