TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan inisiatif baharu dengan melantik pesara polis dan tentera sebagai warden di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi membendung kes buli dan salah laku disiplin.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata lantikan itu dibuat selepas melalui tapisan ketat termasuk sesi temu ramah komprehensif untuk memastikan calon memenuhi kriteria ditetapkan.

Kumpulan pertama warden pesara beruniform itu akan memulakan tugas di MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang mulai Isnin ini.

“Asrama MRSM adalah rumah kedua pelajar, tempat mereka belajar adab hidup bermasyarakat, mengurus masa, amanah dan tanggungjawab. Peranan warden bukan sekadar mengurus rutin harian, tetapi sebagai ‘ibu bapa kedua’ yang menjaga keselamatan, membentuk disiplin dan menanam kasih sayang,” katanya.

Beliau turut menegaskan sifar toleransi terhadap salah laku, dengan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil.

“Moga MRSM menjadi model sekolah berasrama yang selamat, berdisiplin, beradab dan membahagiakan. Tegas pada prinsip, hikmah pada pendekatan. Dengar sebelum menghukum, nasihat sebelum menegur, memulih sebelum mendisiplin,” katanya. - Media Telus

+ - reset