Berita Berita
Kes remaja hamil bawah 18 tahun meningkat, Sarawak catat jumlah tertinggi

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kes kehamilan remaja di bawah usia 18 tahun di Malaysia meningkat sebanyak 0.5 peratus pada tahun lalu, dengan 2,752 kes direkodkan berbanding 2,737 kes pada 2023.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Sarawak mencatat jumlah tertinggi bagi kedua-dua tahun tersebut, diikuti oleh Sabah dan Pahang.
Berdasarkan data awal bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 655 kes kehamilan remaja direkodkan di seluruh negara.
Menurut Noraini, punca utama peningkatan kes ini adalah kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh, menyebabkan ramai remaja tidak memahami kaedah melindungi diri daripada kehamilan tidak dirancang.
“Dapatan ini disokong oleh hasil Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Remaja Terhadap Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang diterbitkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2019,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, kajian Jurnal Psikologi Malaysia pada 2020 menyenaraikan faktor lain seperti tekanan rakan sebaya, pengaruh media dengan pendedahan kandungan seksual secara terbuka, kemiskinan, keciciran sekolah, ketiadaan peluang pekerjaan, latar belakang keluarga dan gaya hidup.
Bagi menangani isu ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menyeru pelbagai agensi berganding bahu memperkukuh dan memperluas inisiatif holistik demi kesejahteraan remaja di Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
August 13, 2025, 6:24 pm
Polis siasat kes Zara Qairina melalui inkues dan perbuatan buli sebelum kematian serentak
August 13, 2025, 5:22 pm
Polis buru penunggang aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Utara-Selatan
August 13, 2025, 5:17 pm
Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ
August 13, 2025, 5:15 pm
Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm