Berita Berita
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta

PUTRAJAYA 13 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket penyeludupan yang dipercayai didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi operasi khas, Ops Sohor, baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo Online, operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) itu membawa kepada penangkapan lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam berusia 30 hingga 55 tahun di sekitar Lembah Klang.
Menurut sumber, empat daripada pegawai kanan tentera tersebut adalah dua pegawai kanan dan dua bekas anggota perisikan ATM yang menjadi suspek utama bersubahat dengan sindiket berkenaan.
“Pegawai-pegawai kanan itu, yang sepatutnya memantau dan mengekang penyeludupan di selatan tanah air, dipercayai bersekongkol dengan sindiket sejak lima tahun lalu. Suspek disyaki mengumpul hasil rasuah melebihi RM3 juta,” katanya.
Sumber itu berkata, pegawai berkenaan dipercayai membocorkan maklumat operasi kepada sindiket bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa, selain rangkaian penglibatan mereka didapati besar dan kompleks.
“Barang seludup termasuk dadah, rokok dan barangan lain dari negara jiran, dengan nilai keseluruhan mencecah RM5 juta sebulan. Berdasarkan intipan selama 12 bulan, pegawai terbabit menerima bayaran rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap aktiviti penyeludupan,” katanya.
Serbuan turut menemui wang tunai lebih RM63,200, beberapa bungkusan dipercayai dadah, alat penimbang, penyukat, minuman keras dan senjata tiruan, yang kesemuanya disita.
Selain itu, seorang wanita warga Indonesia tanpa dokumen perjalanan sah turut ditahan, dipercayai menjadi wanita simpanan kepada salah seorang pegawai kanan tentera yang disyaki.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Beliau menegaskan, kes itu serius kerana melibatkan penyeludupan yang mampu menjejaskan keselamatan negara.
“Walaupun pelbagai agensi bertugas memantau dan mengambil tindakan, kegiatan penyeludupan tetap berlaku,” katanya.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 6:24 pm
Polis siasat kes Zara Qairina melalui inkues dan perbuatan buli sebelum kematian serentak
August 13, 2025, 5:22 pm
Polis buru penunggang aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Utara-Selatan
August 13, 2025, 5:17 pm
Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ
August 13, 2025, 5:15 pm
Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm