TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 13 Ogos – Kerajaan Kelantan mengesahkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berjanji menyelesaikannya secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata tunggakan itu berpunca antaranya daripada pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan kutipan bil.

“Ketika itu rakyat juga berdepan masalah bekalan air yang kerap tiada, menyebabkan ada yang tidak membayar bil.

“Pihak TNB sudah berjumpa dan berbincang dengan kita untuk mencari penyelesaian, tetapi belum dimuktamadkan. Kita akan adakan perbincangan lanjut bagi menentukan jadual pembayaran. Dengan pengurusan AKSB yang semakin baik, insya-Allah hutang ini akan dilunaskan mengikut jadual,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim, Rabu.

Beliau menambah, AKSB sebelum ini sudah melunaskan sebahagian tunggakan lama, namun masih terdapat beberapa jajahan dengan hutang tertunggak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, mendedahkan AKSB memiliki tunggakan bil elektrik kira-kira RM61 juta dengan TNB sehingga 30 Jun lalu. - Media Telus

+ - reset