TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

27 penjawat awam dikenakan tindakan disiplin, buat kenyataan kritik dasar kerajaan

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seramai 27 penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib tahun lalu selepas didapati membuat kenyataan awam termasuk mengkritik dasar kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kes tersebut direkodkan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2024.

Beliau menjelaskan, setiap pegawai awam terikat dengan Surat Aku Janji seperti diperuntukkan dalam Subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, yang mewajibkan mereka mematuhi segala peraturan termasuk tatakelakuan, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan arahan semasa.

“Kenyataan awam yang dibuat tanpa kawalan, khususnya melibatkan ketepatan data, berpotensi menimbulkan kegelisahan awam yang tidak wajar. Buat masa ini, kerajaan berpendapat peraturan sedia ada wajar dikekalkan,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen, semalam.

Dr Zaliha berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan kerana mengkritik dasar kerajaan serta cadangan semakan garis panduan kebebasan bersuara dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 20 Julai lalu mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai Himpunan Turun Anwar di ibu negara kerana ia bercanggah dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

 

+ - reset