TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak perempuan retak tempurung kepala dipercayai ditolak rakan, ibu rayu doa orang ramai

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan kini bertarung nyawa selepas dipercayai terjatuh akibat ditolak oleh rakannya sehingga mengalami kecederaan serius di kepala.

Menerusi perkongsian ibunya di laman Facebook (FB), tempurung kepala anaknya dikenali sebagai Aisyah Sofia Rohaizan dilaporkan retak selain berlaku pendarahan dalam kepala.

"Dengan penuh rasa rendah hati saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga sama-sama menitipkan doa buat anak saya yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh.

"Saya tak tahu dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan," tulisnya dalam hantaran di FB, hari ini.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu reda dan berlapang dada atas kejadian yang menimpa anaknya itu.

Dia turut memohon doa semoga anaknya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya daripada sebarang komplikasi serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.

"Semoga ada antara kalian yang Allah angkat doanya," tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut memuat naik sekeping gambar anak perempuannya yang memakai pakaian seragam sekolah.

Perkongsian tersebut tular di media sosial apabila dikongsi lebih 12,000 pengguna FB selain menerima lebih 13,000 reaksi dan kira-kira 3,000 komen setakat malam ini. - Media Telus

 

+ - reset