Berita Berita
Pemuda UMNO Terengganu mohon maaf siar grafik Jalur Gemilang tak cukup 14 jalur

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pemuda UMNO Terengganu tampil memohon maaf susulan penyiaran satu grafik di media rasmi sayap itu yang memaparkan imej Jalur Gemilang dengan hanya 12 jalur, berbanding 14 seperti sepatutnya.
Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, berkata kesilapan tersebut berpunca daripada kekhilafan seorang pereka grafik sambilan dan tidak disengajakan.
“Apa-apapun saya tidak membela beliau walaupun (beliau) memberi khidmat secara percuma. Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan. Pemuda UMNO Terengganu mengambil sikap tidak berkompromi dengan kesilapan ini,” katanya menerusi satu rakaman video di Facebook.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, menggesa pihak berkuasa menyiasat ahlinya yang didakwa bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut.
Akmal sebelum ini lantang mengecam pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, malah meminta laporan polis dibuat serta tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden bendera salah ini.
Difahamkan, grafik yang dimuat naik Pemuda UMNO Terengganu pada awalnya bertujuan mengecam insiden Jalur Gemilang terbalik di Pulau Pinang serta menuntut pembelaan terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Zara Qairina Mahathir, yang dikatakan menjadi mangsa buli.
Namun, grafik tersebut turut memaparkan Jalur Gemilang dengan hanya 12 jalur.
Kesilapan itu dikesan pengguna media sosial sebelum ia dipadam pada 12.55 tengah hari dan digantikan dengan versi baharu memaparkan bilangan jalur yang betul.
Berita berkaitan
August 12, 2025, 9:16 pm
Budak perempuan retak tempurung kepala dipercayai ditolak rakan, ibu rayu doa orang ramai
August 12, 2025, 8:28 pm
Pengasuh didakwa tampar pipi bayi tidak henti menangis hingga lebam di Batu Pahat
August 12, 2025, 5:56 pm
KPM tak beri muka, guru hisap vape, rokok di sekolah boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun
August 12, 2025, 5:51 pm
Bapa 6 anak di Melaka didakwa 52 pertuduhan sumbang mahram, rakam gambar bogel anak dalam bilik air
August 12, 2025, 5:32 pm
KPM komited perkukuh usaha tangani buli, terima 4 tuntuan memorandum #KeadilanUntukZara
August 12, 2025, 4:21 pm