Berita Berita
KPM komited perkukuh usaha tangani buli, terima 4 tuntuan memorandum #KeadilanUntukZara

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan pelbagai langkah tegas dan menyeluruh dalam menangani isu buli di institusi pendidikan bawah kelolaannya susulan penyerahan memorandum #KeadilanUntukZara, pagi tadi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, memorandum tersebut diterima Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Ts. Aminuddin Hassim di Taman Tugu sebelum beliau sendiri bertemu wakil aktivis pelajar di Parlimen bagi membincangkan kebimbangan yang dibangkitkan.
Menurutnya, empat tuntutan khusus terhadap KPM dikemukakan, meliputi reformasi sistem pendidikan berkaitan isu buli, sesi libat urus, latihan berkala kepada warga sekolah, dan penjelasan terbuka kepada masyarakat.
“Bagi tuntutan pertama, KPM telah mengumumkan beberapa langkah penting seperti audit keselamatan, penambahbaikan sistem aduan, penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan, serta tindakan tegas menggantung atau membuang sekolah pelaku buli. Sokongan psikososial juga akan terus diperkukuhkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi tuntutan kedua, Fadhlina memaklumkan KPM akan mengadakan sesi libat urus dengan gerakan mahasiswa dan masyarakat sivil untuk menambah baik garis panduan sedia ada.
Sementara itu, tuntutan ketiga berkaitan latihan mandatori dan berkala kepada guru, pentadbir, serta warden akan diperkasakan agar warga sekolah bersedia mengendalikan aduan secara profesional dan berpihak kepada mangsa.
Mengenai tuntutan keempat, beliau menegaskan KPM menyambut baik langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan petugas khas menyiasat kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina dan akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.
“KPM amat berdukacita dengan tragedi yang menimpa Allahyarham dan menegaskan kes ini menjadi perhatian utama kementerian. Saya berharap kebenaran serta keadilan dapat ditegakkan,” katanya.
Berita berkaitan
August 12, 2025, 10:30 pm
Pemuda UMNO Terengganu mohon maaf siar grafik Jalur Gemilang tak cukup 14 jalur
August 12, 2025, 9:16 pm
Budak perempuan retak tempurung kepala dipercayai ditolak rakan, ibu rayu doa orang ramai
August 12, 2025, 8:28 pm
Pengasuh didakwa tampar pipi bayi tidak henti menangis hingga lebam di Batu Pahat
August 12, 2025, 5:56 pm
KPM tak beri muka, guru hisap vape, rokok di sekolah boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun
August 12, 2025, 5:51 pm
Bapa 6 anak di Melaka didakwa 52 pertuduhan sumbang mahram, rakam gambar bogel anak dalam bilik air
August 12, 2025, 4:21 pm