TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM tak beri muka, guru hisap vape, rokok di sekolah boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Guru yang didapati menghisap vape atau merokok dalam kawasan sekolah boleh dikenakan tindakan undang-undang dengan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“KPM tidak akan berkompromi dengan guru yang menggunakan vape, khususnya secara terbuka atau di hadapan murid kerana ia melanggar Standard Guru Malaysia (SGM) yang menekankan peranan guru sebagai teladan sahsiah,” katanya dalam kenyataan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai segelintir guru yang menggunakan vape secara terbuka sehingga memberi contoh negatif kepada murid dan menjejaskan kredibiliti institusi pendidikan.

Fadhlina memaklumkan, KPM kini dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) dengan memasukkan larangan merokok termasuk semua jenis rokok, peralatan elektronik dan cecair vape dalam subperaturan baharu.

Pindaan tersebut selaras dengan penguatkuasaan Akta 852 yang diwartakan pada 1 Oktober 2024, yang turut melarang penjualan vape kepada individu bawah umur 18 tahun serta melarang premis menjual vape dalam jarak 40 meter dari pagar sekolah.

“KPM mengharapkan kerjasama masyarakat dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau pembelian serta penjualan vape kepada murid sekolah. Ibu bapa pula perlu mengawasi tingkah laku anak-anak agar tidak terjebak dengan ketagihan vape,” katanya.

+ - reset