Berita Berita
'Nama anak saya Syamsul, bukan Gopal' - Ibu Syamsul Haris dedah anak sering diejek, ada yang tak puas hati di UTM

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, mendakwa anaknya pernah beberapa kali diejek dan diprovokasi dengan panggilan nama 'Gopal' oleh pihak tertentu sebelum kematiannya ketika menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, arwah pernah memberitahu ada individu yang tidak berpuas hati dengannya dan perkara itu disampaikan dari semasa ke semasa.
“Dia pernah beritahu saya ada yang panggil dia dengan nama Gopal sedangkan nama sebenarnya Haris. Saya nasihatkan dia, kalau minat PALAPES, kena kuat dan hadapi cabaran,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Johor.
Menurut Ummu, anaknya tidak pernah menghidap sawan atau penyakit serius seperti dimaklumkan pihak tertentu.
“Kalau ada pun, cuma demam atau selsema. Naluri seorang ibu kuat mengatakan anak saya bukan meninggal kerana sawan, sebaliknya ada sesuatu yang berlaku,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan melarang kadet PALAPES yang hadir semasa pengebumian daripada mendekati keluarga.
“Bila kami cuba tanya, mereka cepat-cepat kembali ke kumpulan masing-masing. Ada yang hanya jawab tidak tahu atau tidak nampak apa-apa.
“Saya juga terkilan kerana tiada rakan dari UTM datang menziarahi, seolah-olah mulut mereka dikunci oleh pihak berkepentingan,” katanya.
Sebelum ini, keluarga Allahyarham menuntut siasatan segera dijalankan memandangkan pemerhatian ketika bedah siasat mendapati terdapat kecederaan teruk pada tubuh arwah yang tidak selari dengan maklumat awal bahawa kematian berpunca daripada sawan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 12, 2025, 10:30 pm
Pemuda UMNO Terengganu mohon maaf siar grafik Jalur Gemilang tak cukup 14 jalur
August 12, 2025, 9:16 pm
Budak perempuan retak tempurung kepala dipercayai ditolak rakan, ibu rayu doa orang ramai
August 12, 2025, 8:28 pm
Pengasuh didakwa tampar pipi bayi tidak henti menangis hingga lebam di Batu Pahat
August 12, 2025, 5:56 pm
KPM tak beri muka, guru hisap vape, rokok di sekolah boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun
August 12, 2025, 5:51 pm
Bapa 6 anak di Melaka didakwa 52 pertuduhan sumbang mahram, rakam gambar bogel anak dalam bilik air
August 12, 2025, 5:32 pm
KPM komited perkukuh usaha tangani buli, terima 4 tuntuan memorandum #KeadilanUntukZara
August 12, 2025, 4:21 pm