Berita Berita
Pengasuh didakwa tampar pipi bayi tidak henti menangis hingga lebam di Batu Pahat

BATU PAHAT 12 Ogos – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bayi perempuan berusia 11 bulan dalam jagaan dengan menampar pipinya sehingga lebam kerana tidak berhenti menangis.
Tertuduh, Ng Lee Fhung, 58, bagaimanapun tidak direkodkan pengakuan selepas mahkamah dimaklumkan beliau tidak fasih berbahasa Melayu bagi membolehkan pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, wanita itu yang bertanggungjawab menjaga mangsa, didakwa menganiayai bayi berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Taman Setia Jaya, di sini, antara jam 9 pagi hingga 6 petang pada 6 Ogos lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Nadia Yunus.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi kehadiran jurubahasa selain menawarkan ikat jamin RM15,000 beserta syarat tambahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 September ini untuk sebutan semula kes, dengan ikat jamin dibenarkan sebanyak RM8,000 berserta seorang penjamin.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan, tidak mengganggu atau berhubung dengan saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Berita berkaitan
August 12, 2025, 10:30 pm
Pemuda UMNO Terengganu mohon maaf siar grafik Jalur Gemilang tak cukup 14 jalur
August 12, 2025, 9:16 pm
Budak perempuan retak tempurung kepala dipercayai ditolak rakan, ibu rayu doa orang ramai
August 12, 2025, 5:56 pm
KPM tak beri muka, guru hisap vape, rokok di sekolah boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun
August 12, 2025, 5:51 pm
Bapa 6 anak di Melaka didakwa 52 pertuduhan sumbang mahram, rakam gambar bogel anak dalam bilik air
August 12, 2025, 5:32 pm
KPM komited perkukuh usaha tangani buli, terima 4 tuntuan memorandum #KeadilanUntukZara
August 12, 2025, 4:21 pm