Berita Berita
Polis siasat kes Zara Qairina melalui inkues dan perbuatan buli sebelum kematian serentak

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua bentuk siasatan sedang dijalankan berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, melibatkan inkues untuk menentukan punca kematian serta siasatan jenayah berkaitan perbuatan buli.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata kedua-dua siasatan itu akan dilaksanakan secara serentak dan menyeluruh mengikut prosedur undang-undang.
“Proses inkues akan meneliti semua bukti dan maklumat yang ada bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Beliau memaklumkan, pihak polis sudah mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil, dan segala maklumat akan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Siasatan jenayah pula akan memfokuskan kepada unsur perbuatan buli,” tambahnya.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:22 pm
Polis buru penunggang aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Utara-Selatan
August 13, 2025, 5:17 pm
Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ
August 13, 2025, 5:15 pm
Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm