TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan keputusan untuk tidak menjalankan bedah siasat terhadap mendiang Zara Qairina Mahathir adalah bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk M. Kumar, berkata siasatan dalaman akan dilakukan terhadap pegawai penyiasat dan pegawai penyelia yang terlibat.

“Walaupun terdapat persetujuan dengan ibu mangsa yang menandatangani dokumen untuk tidak menjalankan bedah siasat, pegawai penyiasat sepatutnya tetap bertegas melaksanakannya kerana kematian ini berada dalam keadaan mencurigakan.

“Kegagalan melakukan bedah siasat jelas bertentangan dengan SOP kami,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, Rabu. - Media Telus

+ - reset