TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Anak kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dilaporkan menjadi mangsa serangan fizikal oleh individu tidak dikenali, semalam.

Sumber memaklumkan, kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan berada bawah pemerhatian pasukan perubatan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan kejadian berkenaan.

“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” katanya.

Difahamkan, Rafizi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat, sementara pihak media sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.

+ - reset