Berita Berita
Polis buru penunggang aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Utara-Selatan

TAPAH 13 Ogos – Polis sedang mengesan beberapa penunggang motosikal yang dikesan menunggang secara berbahaya di Kilometer (KM) 354.1 hingga KM 354.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, selepas rakaman video aksi tersebut tular di media sosial.
Video berdurasi 14 saat yang dimuat naik di Facebook itu memaparkan sekumpulan penunggang melakukan aksi berbahaya dikenali sebagai ‘Superman’ di lorong lebuh raya yang sibuk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah sentiasa memantau aktiviti sebegini dan akan mengesan individu yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 05-4011222.
Mohd Fadzil turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dan menunggang secara berhemah serta mengamalkan sikap bersabar di jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - Media Telus
Berita berkaitan
August 13, 2025, 6:24 pm
Polis siasat kes Zara Qairina melalui inkues dan perbuatan buli sebelum kematian serentak
August 13, 2025, 5:17 pm
Tiada bedah siasat kes kematian Zara Qairina langgar SOP - Pengarah JSJ
August 13, 2025, 5:15 pm
Anak Rafizi berusia 13 tahun diserang, kini dirawat di hospital
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm