TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kereta pemandu Grab tersangkut dalam lumpur selepas ikut GPS

By
|
Kongsi
image

ALOR GAJAH 15 Ogos – Seorang pemandu Grab berdepan insiden cemas apabila kereta Perodua Axia dipandunya tersangkut dalam lumpur selepas tersesat ke kawasan ladang kelapa sawit di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi daripada wanita berusia 43 tahun itu.

Tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Rondaan Ikhtisas Mobil (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bergegas ke lokasi di kawasan Vicky Leisure Farm.

Siasatan mendapati mangsa dipercayai mengikuti laluan disyorkan Sistem Penentuan Kedudukan Sejagat (GPS) sehingga memasuki jalan ladang sawit yang berlumpur, menyebabkan tayar hadapan kenderaannya terbenam.

Pasukan bomba menolak kereta tersebut ke kawasan selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 11.03 pagi. - Media Telus

+ - reset