Berita Berita
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM

PUTRAJAYA 15 Ogos – Penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi menggunakan perbelanjaan sendiri akan menerima insentif kewangan khas menerusi Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA), umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pemberian insentif ini melibatkan pegawai awam daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
“Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri. Elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagi lah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta.
“Ia akan beri manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, tunjuk kita galakkan pegawai awam tingkatkan keupayaan mereka atas ikhtiar dan inisiatif sendiri.
“Bagi sarjana kedoktoran falsafah (PhD) sebanyak RM1,250, sarjana RM1,000, sarjana muda RM750, manakala diploma atau setaraf RM500,” katanya.
Anwar berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm