Berita Berita
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan orang ramai agar menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa segala siasatan berhubung kes pemasangan atau pemaparan bendera Malaysia secara tidak wajar, dan tidak bertindak sendiri.
AGC dalam kenyataan berkata, tindakan yang dilarang itu termasuk menyerbu premis pihak disyaki, menularkan maklumat peribadi, membuat tuduhan melulu di media sosial, serta mencetuskan provokasi atau ugutan terhadap individu atau organisasi terlibat.
"Selain itu, mengambil alih peranan pihak berkuasa seperti mengarah penurunan bendera atau menyita bahan terbabit tanpa kuasa undang-undang.
"Sebaliknya, segala aduan atau maklumat berkaitan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut AGC, pihaknya memandang serius sebarang perbuatan memaparkan, mengibarkan atau memasang bendera Malaysia secara tidak teratur atau tidak mengikut tatacara yang sepatutnya.
Antara kejadian yang dimaksudkan termasuk pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang, dan di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan.
"AGC menegaskan semua pihak bertanggungjawab menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan negara serta mematuhi undang-undang dan garis panduan berkuat kuasa berkaitan penggunaannya.
"Sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan bendera Malaysia secara tidak wajar yang boleh menimbulkan kekeliruan, salah faham atau kegusaran awam boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm