Berita Berita
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal

ALOR GAJAH 15 Ogos – Gara-gara merajuk selepas diminta tidur awal dan tidak dibenarkan menonton televisyen, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bertindak keluar dari rumahnya di kawasan Durian Tunggal, malam Khamis.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 11 malam oleh sepasang suami isteri di jalan besar Taman Belimbing Setia, Durian Tunggal, dalam keadaan bersendirian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, pasangan tersebut prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak itu lalu membawanya ke Balai Polis Durian Tunggal.
Hasil siasatan mendapati mangsa bertindak keluar rumah selepas merajuk dengan ibunya yang memintanya tidur awal bagi persediaan ke sekolah pada keesokan hari.
"Keluarga mangsa telah hadir ke balai untuk menuntutnya. Kes selesai pada malam yang sama, kira-kira sejam selepas mangsa ditemui," katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Terdahulu, mesej tular di aplikasi WhatsApp memaparkan hebahan mengenai seorang kanak-kanak berbaju putih berjalan seorang diri sebelum diselamatkan, dengan polis meminta warisnya hadir ke balai.
Azrul turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau emosi dan pergerakan anak-anak, selain menjaga komunikasi dalam keluarga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawal penggunaan gajet, memantau rakan sebaya, dan segera membuat laporan jika anak tidak pulang dalam tempoh membimbangkan.
"Kes-kes anak melarikan diri dari rumah sering berpunca daripada kurangnya pemantauan, masalah komunikasi atau pengaruh luar yang negatif. Ibu bapa dinasihati supaya memastikan perhubungan dan komunikasi keluarga sentiasa erat agar anak-anak berasa selamat untuk berkongsi masalah," ujarnya.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm