Berita Berita
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Jabatan Peguam Negara hari ini mengumumkan keputusan untuk mendakwa beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes buli membabitkan Zara Qairina.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dakwaan terhadap suspek-suspek terbabit dibuat berdasarkan keterangan yang ada.
“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan,” jelas kenyataan itu.
Jabatan tersebut turut menegaskan bahawa walaupun keputusan mendakwa suspek telah dibuat, siasatan oleh PDRM berhubung kematian Zara Qairina masih diteruskan.
Prosiding inkues di mahkamah juga akan tetap dijalankan.
Kes tragis Zara Qairina sebelum ini mencetuskan perhatian umum apabila siasatan polis mendapati unsur-unsur buli dipercayai menjadi punca utama kejadian.
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 2:53 pm