Berita Berita
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA

SEPANG, 18 Ogos – Seorang wanita warga China dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.
Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Fang Fuyuan, 31, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Fuyuan dengan sengaja mencederakan pegawai imigresen, Nurdiana Atirah Shapinaz Abdul Rahman, ketika mangsa bertugas di Kaunter Imigresen, Aras 4 Balai Pelepasan KLIA Terminal 1, kira-kira jam 8 malam, pada 13 Ogos lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Peguam bela tertuduh, Tai Ying Fung dan Jason Anthony, merayu hukuman ringan dengan alasan anak guam mereka menyesal, mengaku salah pada sebutan pertama dan memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.
“Tertuduh masih muda, tiada rekod jenayah serta mempunyai suami dan dua anak kecil berusia setahun setengah dan lima tahun yang bergantung sepenuhnya kepadanya. Kejadian ini berpunca daripada salah faham komunikasi dengan pegawai imigresen dan berlaku secara spontan,” kata peguam bela.
Mereka turut memohon agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana tertuduh telah direman selama lima hari, selain faktor dua anak kecil yang memerlukan perhatian seorang ibu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Luvithaa Veerasamy memohon hukuman setimpal dikenakan atas alasan kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai.
“Walaupun tertuduh mendakwa bertindak kerana emosi, tindakannya tetap mencederakan seorang penjawat awam. Mahkamah perlu memberi mesej jelas bahawa kesalahan seperti ini tidak boleh diterima masyarakat,” katanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sebulan bermula dari tarikh tangkapan pada 13 Ogos lalu, selain denda RM2,000.
Jika gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara tambahan dua bulan.
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm