Berita Berita
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Ahli Parlimen Pendang daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Awang Hashim digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari bermula Isnin, susulan tindakannya yang mencetuskan kekecohan serta didakwa mencabar seorang wakil rakyat lain untuk bergaduh pada minggu lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengeluarkan arahan itu berdasarkan Peraturan 44(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat selepas meneliti rakaman video dan audio insiden berkenaan.
Menurut Johari, tindakan Awang Hashim disifatkan tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika insiden itu berlaku terdapat pelajar sekolah yang menjadi pemerhati di Galeri Awam.
“Kenapa saya ambil tindakan kepada Pendang hari ini kerana pertama, pada hari itu saya pengerusikan sidang dan saya nampak apa yang berlaku. Yang kedua, apa yang saya amat kecil hati ialah di galeri penuh dengan budak sekolah.
“Kita sedang bercakap tentang kelakuan anak-anak kecil yang tidak sopan, tetapi kita sendiri depan mereka tunjuk perangai tidak elok. Saya yakin Pendang juga ada cucu, bayangkan kalau cucu tengok Tok Wan dia buat begitu,” katanya ketika mempengerusikan sidang pada Isnin.
Beliau menegaskan tindakan wakil rakyat dari Kedah itu adalah perbuatan menghina Dewan Rakyat.
Insiden tersebut berlaku pada Rabu lalu ketika sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menyaksikan perang mulut antara beberapa ahli Parlimen hingga mencetuskan kekecohan. Kejadian itu menimbulkan kemarahan Johari yang menyifatkannya sebagai amat memalukan.
Selain itu, Johari turut mengingatkan ahli Parlimen agar tidak menggunakan ungkapan seperti “PAS sebagai parti ajaran sesat” atau tindakan mengkafirkan mana-mana wakil rakyat di dalam dewan.
“Jangan ungkapkan perkataan yang mengguris hati, perasaan dan mencetuskan permusuhan. Kalau nak bercakap di luar dewan, itu bukan urusan saya.
“Sebaik sahaja anda masuk ke dalam dewan ini, jangan lagi guna perkataan-perkataan itu… cukuplah, ia tidak beri manfaat pun dengan bermusuh-musuhan,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm