Berita Berita
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik

SINGAPURA 18 Ogos – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan beliau akan terus kekal dalam politik dan berkhidmat kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas tempoh penggalnya sebagai senator di Dewan Negara tamat pada Disember ini.
Bercakap pada sesi fireside chat Bursa Malaysia Invest Malaysia sempena Persidangan ASEAN Macquarie di sini pada Isnin, beliau berkata ketika ini beliau tidak mempunyai perancangan konkrit, sebaliknya memberi tumpuan kepada tanggungjawab sedia ada.
“Saya akan kekal dalam politik dan lihat bagaimana saya boleh membantu kerajaan dengan cara lain, selain daripada jawatan yang saya sandang hari ini,” katanya pada sesi yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), menegaskan beliau tidak berhasrat kembali ke sektor swasta.
Sebelum menyertai Kabinet, beliau berkhidmat lebih 22 tahun dalam industri perbankan dan kewangan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, serta Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga di Indonesia.
Tengku Zafrul dilantik ke jawatan menteri dalam kapasiti sebagai senator dan kini sedang menjalani penggal kedua di Dewan Negara yang bermula pada Disember 2022, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm