Berita Berita
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu

KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Lelaki Islam di Terengganu yang sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan munasabah kini boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, penguatkuasaan itu mula dilaksanakan selepas enakmen berkenaan digubal beberapa tahun lalu.
“Dengan pindaan ini, tidak hadir (solat Jumaat) sekali pun sudah boleh dikenakan tindakan.
“Sebelum pindaan dibuat, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Menurut beliau, individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jelasnya, tindakan perundangan adalah langkah terakhir sekiranya nasihat serta peringatan yang diberikan sebelum itu tidak dipatuhi oleh golongan yang culas menunaikan kewajipan solat Jumaat.
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm