TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 18 Ogos – Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes saman Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selama tiga hari bermula 21 Oktober depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin membuat ketetapan itu selepas kedua-dua pihak memohon penangguhan tarikh perbicaraan asal yang dijadualkan pada 15 dan 16 Ogos.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Mahathir memaklumkan pihaknya belum menerima arahan berkaitan penyata saksi serta beberapa dokumen tambahan.

“Terdapat isu mengenai fakta dan dokumen yang belum diselesaikan. Oleh itu, kami memohon tarikh lain dan tidak membantah pendengaran kes diteruskan selepas ini. Kami juga memohon tarikh paling awal mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir,” katanya.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar tidak membantah permohonan itu dan memaklumkan pihaknya turut memerlukan masa bagi melengkapkan dokumen berkaitan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan serta menetapkan tarikh-tarikh baharu bagi pengemukaan dokumen termasuk penyata saksi sebelum perbicaraan bermula. - Media Telus

+ - reset