TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 18 Ogos – Sebanyak 11 kenderaan termasuk sebuah lori kren, enam kereta dan empat motosikal terbabit dalam kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama berhampiran sebuah restoran, pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.16 pagi itu, empat penunggang motosikal cedera ringan, manakala pemandu lori serta enam pemandu kereta lain tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, PBK II Indra Sahreil A. Bakar berkata, seramai 13 anggota bersama tiga jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans St. John dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.48 pagi selepas pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada mangsa lain terlibat. - Media Telus

+ - reset