Berita Berita
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang dijadual berlangsung pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.
Menurut beliau, program tersebut menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.
Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang acara, Anwar memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk memberi bantuan serta kawalan sewajarnya.
“Kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada para peserta sebagai tanda komitmen dalam menjayakan program ini, manakala perbincangan lanjut akan diadakan bersama penganjur minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam semangat Bulan Kemerdekaan, Anwar turut mengajak peserta untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada tanah air.
Beliau menegaskan, RXZ Members 7.0 bukan sekadar wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional serta semangat patriotisme rakyat Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm