Berita Berita
KPDN tidak bercadang wujudkan ‘Kedai MADANI’, fokus perluasan Program Jualan Rahmah

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak berhasrat mewujudkan ‘kedai rakyat’ atau ‘Kedai MADANI’ di negara ini.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tumpuan kementerian adalah memperkukuh dan memperluas kerjasama strategik dengan rangkaian sektor peruncitan sedia ada merangkumi pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).
“Dalam fasa awal ini, kita memanfaatkan premis peruncitan sedia ada termasuk pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit. Kita juga mengambil kira kebimbangan mereka bahawa jika wujud kedai khas, ia mungkin memberi kesan kepada perniagaan premis berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.
Armizan berkata, mana-mana premis runcit, pasar raya atau pusat beli-belah yang berminat boleh menyertai PJRM, namun dua faktor utama akan dipertimbangkan iaitu aspek lokaliti dan kemampuan premis berkenaan menawarkan unit simpanan stok (SKU) barangan yang mencukupi.
“Ia supaya rakyat yang hadir ke PJRM mempunyai pelbagai pilihan dan tidak perlu ke tempat lain untuk mendapatkan bekalan SKU keperluan isi rumah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Armizan turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan menarik balik subsidi gas petroleum cecair (LPG), sekali gus memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus menikmati manfaat daripada subsidi tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
August 21, 2025, 10:43 pm
Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan
August 21, 2025, 10:32 pm
Budak 5 tahun parah, bapa cedera motosikal ditunggang terbabas elak anjing liar di Setiu
August 21, 2025, 10:03 pm
Dua beradik lemas dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Chemor
August 21, 2025, 8:26 pm
Dua penuntut universiti maut jatuh kondominium sama dalam tempoh 24 jam
August 21, 2025, 5:53 pm
Dua kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat bulan Ogos – KKM
August 21, 2025, 5:30 pm
Anak panah terkena kereta, MSN tangguh latihan memanah di Pulau Pinang
August 21, 2025, 5:13 pm