TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 21 Ogos - Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Pangkalan Udara Kuantan pada Khamis malam.

Menurut kenyataan TUDM, insiden itu berlaku pada jam 9.05 malam dan tindakan segera sedang diambil pihak berkuasa.

“TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut. Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, dua pegawai tentera yang berada di dalam pesawat dilaporkan selamat.

Terdahulu, dua rakaman video tular di media sosial memaparkan kepulan cahaya serta asap tebal dipercayai berlaku di sekitar lokasi kejadian.

 

+ - reset