Berita Berita
Dua penuntut universiti maut jatuh kondominium sama dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Dua penuntut sebuah universiti dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat tinggi dalam dua kejadian berasingan di sebuah kondominium di Taman Melati, di sini pada Rabu.
Kejadian pertama berlaku sekitar jam 6.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui tidak bernyawa di laluan belakang bangunan selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Pada jam 8.30 malam hari sama, seorang lagi penuntut lelaki berusia 21 tahun turut dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari bahagian paling tinggi kondominium berkenaan yang menempatkan sebuah kafetaria.
Difahamkan, kedua-dua insiden itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, namun berlaku pada hari sama dan melibatkan pelajar universiti yang sama.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedua-dua insiden ini dalam masa terdekat,” katanya.
Berita berkaitan
August 21, 2025, 10:43 pm
Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan
August 21, 2025, 10:32 pm
Budak 5 tahun parah, bapa cedera motosikal ditunggang terbabas elak anjing liar di Setiu
August 21, 2025, 10:03 pm
Dua beradik lemas dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Chemor
August 21, 2025, 5:53 pm
Dua kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat bulan Ogos – KKM
August 21, 2025, 5:30 pm
Anak panah terkena kereta, MSN tangguh latihan memanah di Pulau Pinang
August 21, 2025, 5:13 pm
Juruelektrik didakwa sebat anak tiri dengan batang paip PVC sebab hisap vape
August 21, 2025, 4:15 pm