TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPJ sita 38 kenderaan mewah tiada 'roadtax', insurans bernilai RM10 juta milik golongan kenamaan di Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

 

 

BUTTERWORTH 21 Ogos – Sebanyak 38 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM10 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menerusi operasi khas ‘Op Luxury’ sejak Jun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, semua kenderaan terbabit yang kebanyakannya milik golongan kenamaan termasuk bergelar Datuk, disita kerana tidak memiliki cukai jalan (LKM) dan insurans sah.

“Akibat perbuatan itu, kerajaan mengalami ketirisan hasil lebih RM77,400. Malah ada pemilik yang memberi alasan lupa memperbaharui LKM, sedangkan ada yang membiarkannya tamat tempoh sehingga dua tahun.

“Kebanyakan kenderaan ini juga didaftarkan atas nama syarikat, tetapi digunakan sendiri oleh pemilik, ahli keluarga dan pekerja. Lebih membimbangkan, ada juga pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ negeri di Seberang Jaya, hari ini.

Antara kenderaan mewah yang disita termasuk sebuah Rolls Royce, dua Mercedes Benz, dua Porsche, tiga Audi, tiga Mini Cooper, dua Volkswagen, 11 BMW, 13 Toyota termasuk Alphard dan Vellfire serta sebuah Great Wall.

Menurut Zulkifly, cukai jalan tahunan tertinggi membabitkan Rolls Royce dengan anggaran RM54,000 setahun tidak termasuk insurans.

l

+ - reset