Berita Berita
Anak panah terkena kereta, MSN tangguh latihan memanah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN 21 Ogos – Latihan memanah anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Residensi di sini digantung serta-merta selepas berlaku insiden anak panah tersasar dan terkena sebuah kereta orang awam di Jalan Macalister pada 13 Ogos lalu.
MSN dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu berpunca daripada lepasan anak panah seorang atlet program pembangunan SUKMA yang sedang menjalani latihan bersama Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang.
Hasil siasatan mendapati insiden berlaku akibat kegagalan teknikal pada peralatan memanah atlet terbabit sehingga menyebabkan anak panah bergerak melepasi jarak sasaran asal.
“Ini adalah kemalangan tidak disengajakan, di luar kawalan serta tidak terduga apabila anak panah melepasi zon jarak keselamatan yang ditetapkan selaras dengan piawaian badan induk memanah antarabangsa, World Archery.
“Kejadian ini juga merupakan yang pertama kali berlaku sejak latihan memanah berprestasi tinggi dijalankan di padang sekolah berkenaan sejak 2009,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun berdepan detik cemas apabila keretanya tiba-tiba terkena anak panah ketika melalui Jalan Macalister. - Media Telus
Berita berkaitan
August 21, 2025, 10:43 pm
Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan
August 21, 2025, 10:32 pm
Budak 5 tahun parah, bapa cedera motosikal ditunggang terbabas elak anjing liar di Setiu
August 21, 2025, 10:03 pm
Dua beradik lemas dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Chemor
August 21, 2025, 8:26 pm
Dua penuntut universiti maut jatuh kondominium sama dalam tempoh 24 jam
August 21, 2025, 5:53 pm
Dua kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat bulan Ogos – KKM
August 21, 2025, 5:13 pm
Juruelektrik didakwa sebat anak tiri dengan batang paip PVC sebab hisap vape
August 21, 2025, 4:15 pm