Berita Berita
Dua beradik lemas dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Chemor

IPOH 21 Ogos - Dua kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik ditemui maut selepas dipercayai lemas di sebuah kolam tadahan air di kawasan tapak pembinaan di Lebuh Perindustrian Sin Yong Seng, Taman Chemor Ria, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian itu disedari selepas pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira jam 8.33 malam (Rabu).
“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa, masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun, dipercayai keluar bermain berhampiran tapak pembinaan bersebelahan rumah sewa keluarga mereka sebelum ditemui orang awam di dalam kolam tadahan air.
“Pemeriksaan mendapati kawasan pembinaan berkenaan tidak berpagar dan tiada papan tanda larangan dipamerkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.39 malam hari sama.
Hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas.
Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian terhadap kanak-kanak terbabit.
Abang Zainal Abidin turut menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak, terutama apabila berada berhampiran kawasan berisiko seperti sungai, lombong, kolam atau tapak pembinaan.
“Pemaju dan kontraktor juga diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan termasuk pemasangan pagar dan papan tanda amaran di kawasan pembinaan bagi mengelakkan insiden sebegini berulang,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor P. Munesuwari di talian 016-5921325 atau balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
August 21, 2025, 10:43 pm
Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan
August 21, 2025, 10:32 pm
Budak 5 tahun parah, bapa cedera motosikal ditunggang terbabas elak anjing liar di Setiu
August 21, 2025, 8:26 pm
Dua penuntut universiti maut jatuh kondominium sama dalam tempoh 24 jam
August 21, 2025, 5:53 pm
Dua kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat bulan Ogos – KKM
August 21, 2025, 5:30 pm
Anak panah terkena kereta, MSN tangguh latihan memanah di Pulau Pinang
August 21, 2025, 5:13 pm
Juruelektrik didakwa sebat anak tiri dengan batang paip PVC sebab hisap vape
August 21, 2025, 4:15 pm