Berita Berita
Tindakan menanti pegawai jika langgar SOP kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Polis akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat dan penyelia yang terlibat dalam siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir sekiranya berlaku pelanggaran peraturan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta pasukan khas yang ditubuhkan bagi kes itu.
“Jika ada perkara bertentangan dengan undang-undang dan SOP, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkaitan. Beberapa tindakan tatatertib juga sedang diteliti,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.
Beliau berkata, hasil siasatan akan menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil mengikut undang-undang.
Sebelum ini, kegagalan pegawai penyiasat memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan SOP dalam kes tersebut.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:22 pm
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup
August 22, 2025, 3:17 pm
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula
August 22, 2025, 3:11 pm
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat
August 22, 2025, 3:09 pm
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ
August 22, 2025, 3:07 pm