Berita Berita
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup

GEORGE TOWN 22 Ogos – Tiga premis makanan di daerah Timur Laut diarahkan tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan pihak berkuasa menemui najis tikus di ruang penyimpanan sejuk beku, dapur dan stor.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan berkata, penutupan berkuat kuasa semalam hingga 3 September depan di bawah Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil (Establishment Makanan) MPPP 1991.
“Semua premis diperiksa diarahkan tutup serta-merta selepas didapati tidak mematuhi piawaian kebersihan dan melanggar syarat pelesenan,” kata kenyataan itu di Facebook rasmi MBPP.
Operasi bersepadu berkenaan dijalankan Jabatan Pelesenan MBPP bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pemeriksaan merangkumi tahap kebersihan, lesen perniagaan, pematuhan pengendali makanan dan syarat pelesenan lain.
Sebanyak 14 kompaun turut dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPPP 1983 kerana pengendali gagal memiliki atau mengemukakan kad pelalian Anti-Tifoid.
Selain itu, KPDN mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis kerana tidak memaparkan caj perkhidmatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, manakala sebuah lagi dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang tidak disahkan.
MBPP menegaskan operasi penguatkuasaan seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan tahap kebersihan dan pematuhan undang-undang dipatuhi oleh semua pengusaha premis makanan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:17 pm
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula
August 22, 2025, 3:11 pm
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat
August 22, 2025, 3:09 pm
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ
August 22, 2025, 3:07 pm
SPRM anggap 1MDB kes paling kompleks dalam sejarah
August 22, 2025, 3:01 pm